
Dah lebih sebulan saya sering berselisih di jalanraya dengan sebuah kereta yang bentuknya seperti kereta di atas. Sekali pandang macam kereta kebal yang baru kembali dari medan perang. Berwarna hitam, bercermin bukan lagi gelap tapi nampak hitam terus, meluncur dengan gahnya di jalanraya di sekitar Kota Kinabalu. Yang agak peliknya tiada nombor pendaftaran langsung dipamerkan. Kalau kereta tentera ada juga nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf Z……….Kalau kereta Agung atau TYT atau PM atau… tentu ada terpampang YANG DI PERTUAN AGONG atau YANG DI PERTUA NEGERI SABAH atau PERDANA MENTERI dsbgnya. Kalaulah kereta Kancil atau Iswara entah dah berapa banyak samannya. Atau polis trafik atau JPJ tak pernah jumpa di jalanraya KK. Sebab itulah saya katakan pemandu atau pemilik kereta ini sangat bertuah dan istimewa kerana dikebalkan dari sebarang akta atau undang-undang. Hidup “satu malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”.
Pemandu Bertuah
30 05 2009Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Taklimat SisMAKAN dan SMM Ver.4.0
26 05 2009Taklimat telah diadakan di Hotel Imperial International, Kota Kinabalu pada 20, 21 dan 22 Mei 2009 dan disampaikan sendiri oleh programmer kedua-dua aplikasi tersebut. Sepatutnya 24 penyelia dari semua PPD hadir tapi ada dua yang tidak hadir. Masa taklimat berjalan OK saja tapi lepas itu BP naik sikit sebab memikirkan tindakan susulan yang perlu disegerakan. SisMAKAN ialah aplikasi Sistem Maklumat Kantin Sekolah dan SMMVer 4.0, Sistem Maklumat Murid yang diubahsuai berdasarkan DDSA (Data Dictionary Sektor Awam)

Dalam masa yang sama data SSDM (Sistem Salahlaku Disiplin Murid) perlu dikutip, disemak dan digabungkan diperingkat negeri. Masalah kami selaku pemungut data ialah bila ada sekolah yang tidak hantar data, peratus penghantaran di daerah atau negeri tidak lagi 100%. Kalau setakat PENYELIA cabok telefon ke sekolah tak dilayannya.Kalau Penyelia pergi sendiri ke sekolah pun tak bermakna juga kalau guru data tak buat kerja! Tapi kalau dah terima surat peringatan atau tunjuksebab yang ditandatangani Ketua Sektor atau Pengarah barulah kelamkabut. Yang melucukan lagi mau juga turun ke KK dari Ranau, Beluran, Tambunan dll semata-mata nak hantar data. Kemudahan internet/email kan ada, mengapa tak mahu gunakan. Kalau tak ada internet di rumah, pergilah ke cybercafe, tak habis pun 3 ringgit!. Saya sendiri pun di pejabat tak ada line internet, terpaksa beli Celcom Broadband yang RM98 sebulan ( yang RM68 sebulan tu hancus, lambat giler) , barulah boleh buat kerja. Laptop? Beli sendiri!!!! Pakai kad kredit 0 interest. Nak tunggu laptop kerajaan punya, entah bila tak taulah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Satu Malaysia Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan…….
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Hero kampung kembali aktif
24 05 2009Inna Lillahi Wa Inna Hiraajiun….. hanya patah tulang peha saja. Bagaimana terjadi begitu tiada siapa yang melihatnya malainkan 2 orang sepupunya yang setahunlebih tua darinya. Mungkin dia jatuh dari varanda rumahnya yang tingginya lebih kurang 6 kaki saja. Tetapi semangatnya kuat. Sambil menangis menahan kesakitan, dia berusaha berpegang pada tiang rumah untuk bangun tapi apakan daya tulang paha sudah patah. Berapa lama/ minit telah berlalu tidak juga disedari kerana waktu itu hujan. Peristiwa itu berlaku pada hari Sabtu 11 April 2009 iaitu seminggu sebelum menyambut harijadi yang ke 4. Sekarang hero mula mengganas kembali. Itulah dia Zahid, lelaki sejati! Nak jadi “Starring” mesti lalui banyak cabaran. Bukan macam Zahid yang satu lagi tu…

Wi
Comments : Leave a Comment »
Categories : Keluarga
Alhamdulillah……
23 05 2009Kini toksu kembali untuk mengemaskini blog yang agak lama terbengkalai. Kepada pengunjung setia blog toksu, toksu memohon ampun dan maaf di atas apa yang berlaku. Maklum sajalah injin lama, pick-up pun dah slow. Jadual harian perlu disusun semula mengikut kesesuaian. Sebagai seorang penjawat awam kita terikat dengan akujanji! Dasar-dasar keajaan perlu difahami dan dilaksanakan! Kalau dulu sibuk, berhempas pulas memahami dan menyebarkan konsep Islam Had hari, sekarang “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Setakat ini dulu, nak pergi ke 1 Borneo dulu!!!!
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized