Oh Melaka, Air Keruh

15 06 2009

Penerbangan AK5101 Kuala Lumpur
Berlepas dari Terminal 2 LTAB Kota kinabalu tepat jam10.00 pagi dan mendarat di LCCT Sepang tepat jam 12.oo tengahari. Menurut pengumuman juruterbang pendaratan tersebut adalah 15 minit lebih awal dari yang dijadualkan. Inilah pengalaman pertama menaiki pesawat Airasia dengan tikit yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Bezanya cuma ada tempahan nasi minyak.
Kali ini mewakili Jabatan Pelajaran Sabah bersama Penyelia Kanan Disiplin ke Mesyuarat Pengumpulan dan Penganalisaan Data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia dari 15 hingga 17 Jun 2009 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Dari Tingkat 2 Puteri Resort Ayer Keroh

Dari Tingkat 2 Puteri Resort Ayer Keroh


Puteri2
Puteri3
Puteri4





Cuti-cuti Sabah Sarawak

15 06 2009

Cuti Tadau Kaamatan, Cuti Hari Gawai dan cuti sekolah dan ditambah 2 hari. 4 hari 3 malam bersama keluarga bercuti di Kuching. Walaupun masa singkat tapi dapat banyak pengalaman yang menarik. Semasa berjalan-jalan di Wisma Satok ternampak beberapa keping Kad Pengenalan dan Surat Beranak yang dijumpai dipamer saja di Papan Kenyataan.
ic
Harga Utusan Borneo hanya RM1 sahaja, di KK RM1.20, di Sipitang?, di Kinabatangan? Bila lagi nak laksanakan “Satu Sabah Satu Harga”? PR13? ..14?…15?…..
Akhbar
Akhbar Harakah boleh dibeli di mana-mana dan dijual tanpa rasa takut kena rampas macam di Sabah.
Iharakah
Kalau ke Kuching tak singgah di Kedai Kek Dayang Salhah macam tidak lengkap.
kedaikek
Kecekapan pengendali mee kolok melambung mee setelah dicelup dalam air mendidih.
meekolok
Duit siling yang dibayar oleh penumpang bot penambang diletak saja di tepi bot tanpa rasa takut dicuri walaupun bot ditinggal di tebingan. Duit kertas disimpan kerana takut diterbangkan angin ke dalam air.
syiling
Mesra pelancung… Sempat lagi bergurau ” Kalau siar di Harakah OK, kalau Berita Harian saya tidak izin”
tamu
Ikan terubuk masin. Kalau dilihat pada pembungkus, ikan yang dijual di Pasar Satok adalah ikan import – bukan ikan tempatan. Tapi awas kalau ada darah tinggi.
Terubuk