Hariraya Qurban

2 12 2009





Blogger mengancam keselamatan negara?

9 11 2009

Inilah yang membuat toksu kecut………takut tak sempat pencen, masuk dalam!! Macam macam tuduhan boleh dikenakan terutama di bawah Akta Hasutan…. Bukan tak ada hati nak buat posting baru, takut tersalah tulis ada orang terasa pula. Lagi pula toksu dapat tahu yang semua blog di 1Malaysia dipantau 25 jam sehari!!! Kalau boleh janganlah ada tulisan yang mengkritik atau negatif tentang pemimpin-pemimpin UBN/ kerajaan 1Malaysia. Abu Nuha tulis teks Khutbah pun kena tegur! Nak tulis perkara-perkara yang berkaitan tugas harian pun takut menyentuh dasar-dasar kerajaan, sensitif…. nanti bos panggil mengadap!
Gambar-gambar berikut mungkin tak sensitif kot!!!

Lawatan Kerja12

Ikan belanak / kambura?

Lawatan Kerja10

Ops Terjah di SK Pulau Gaya

Di Jesselton Point, Kota Kinabalu Menara TDM dar SK Pulau Gaya





Selamat Hari Raya Aidil Fitri

10 10 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
family raya





Taklimat Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0

24 08 2009

Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0 telah dilancarkan dengan rasminya di Pulau Pinang pada 24 Julai 2009. Dua hari sebelum itu saya bersama Encik Soenizal ( SPK JPN Sabah) dan Encik Irwansyah (PPD Sandakan) telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi tersebut. Dua hari mencuba ‘hands-on’ dan bersoal-jawab dengan pembina aplikasi tersebut memanglah memenatkan. Tak sempat nak keluar mencari durian walaupun masa itu musim durian.
Balik saja ke Sabah terus menyusun jadual taklimat untuk Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan juga Guru Data SMM. 11 Ogos 2009 taklimat dan instalasi SMM Versi4.0 untuk sekolah menengah manakala 12 Ogos 2009 untuk sekolah rendah. Harap-harap dapatlah pihak sekolah mengemaskinikan data SMM sebelum 1 September 2009. Tanpa sokongan dan kerjasama Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Guru-guru Data, Guru Kelas dan ibu-bapa pelajar tidak mungkin satu data yang bermutu dapat dihasilkan samada diperingkat PPD, JPN dan juga di KPM. Terima kasih semua!!!





Pemantauan Persediaan Sekolah Menghadapi UPSR 2009 Siri 1

18 08 2009

Bermula dari minggu pertama bulan Ogos sehingga 17 Ogos semua staf DG diarahkan ke sekolah-sekolah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Saya bersama dengan En.Abu Bakar berbekalkan dengan 2 Instrumen iaitu INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 2009 dan INSTRUMEN PENCERAPAN Pengajaran Pembelajaran memulakan tugas pertama ke SK Inanam Laut. Tanggal 10 Ogos 2009 pertama kali saya sampai di SK Inanam Laut sepanjang saya berada di bumi Sabah. Persekitarannya cantik, komitmen guru-guru tinggi sekali tapi sayang seribu kali sayang….. ada Makmal Komputer, tapi tidak boleh digunakan ( jadi gajah putih), tandas murid cantik dan bersih tapi bau……kerana rekabentuknya yang tertutup, peredaran udara tidak lancar. Dan satu lagi betul-betul depan pejabat ada rangka khemah yang tiada khemahnya. Katanya inilah tempat murid berlindung bila ada majlis keramaian. Sudahlah mencacatkan pemandangan, malah boleh menempah bahaya. Mahal benarkah kos untuk membina sebuah dewan terbuka demi keselamatan dan keselesaan murid?

SKIL1 SKIL2 SKIL3 SKIL4





Ogos Bulan Kemerdekaan

2 08 2009

Berbagai-bagai hadiah yang kerajaan Barisan Nasional umumkan untuk rakyat 1Malaysia. Sebelum ini tambang bas dan teksi naik. Ini tak termasuk hadiah sempena 100 hari pemerintahan Najib. Akibat terlalu sibuk dengan urusan rasmi di pejabat, urusan peribadi terlupa. Terlupa nak comfirm tikit penerbangan ke KL hujung minggu depan. Jadi, tangguh ke hari Sabtu, tak payah isi borang keluar pejabat. Hari Sabtu bersamaan 1 Ogos 2009 lebih kurang jam 10.00 pagi pergilah ke pejabat MAS di Terminal 1 LTAB KK. Macam biasa, ambil nombor giliran dan tunggu. Bila tiba giliran ke 129 kelas ekonomi, saya hulurkan tikit dan beritahu tarikh yang saya kehendaki. ” Maaf encik, tikit ini harga lama ( tikit dikeluarkan bulan Mei 2009), sekarang harga tikit sudah naik”. Saya ingin kepastian,”Sejak bila?, berapa naik?”. Jawabnya” Mulai hari ini, RM60.00 seorang.Jadi encik kena bayar RM180.00 untuk 3 orang” Kesimpulannya bayarlah RM180 lagi kerana terpaksa juga ke KL hujung minggu ini atas urusan keluarga! Tak ada angin, tak ada ribut, tup tup naik tambang.

Satu lagi projek mencekik darah rakyat! Saya yakin dan saya kunci lirik ini: “PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!”





Julai oh Julai…cepat kau berlalu!

2 08 2009

Pejam, celik, pejam,celik… dah masuk bulan Ogos! Sepanjang bulan Julai dari awal bulan hingga 17 Julai masing-masing sibuk dengan MS ISO. Lepas tu mesyuarat Selsema babi H1N1. Bersambung pula dengan SMMVer 4.0. Pada 26 Julai 3 buah sekolah di KK diarah tutup kerana Selsema babi H1N1. Flying Squad PPDKK, terpaksa turun memantau ke sekolah-sekolah. Masa ini juga kutipan data SMM Versi 3.0 berlangsung di Semporna. Selsema babi H1N1 nampaknya semakin merebak. Beberapa buah sekolah lagi ditutup. Pada 31 Julai 2009 jam 2.30 pm ada perjumpaan khas warga PPDKK bersama Dr.Fatimah, pegawai kesihatan kawasan Kota Kinabalu yang bertanggung jawab menandatangani surat arahan tutup. Satu taklimat yang ringkas dan padat. Barulah kami faham apa itu Selsema babi H1N1………

flu1

(Cerita lanjut tentang selsema babi H1N1 boleh diikuti di:http://ibnuyaacob.com/?p=1099)





Takbirrrrr…..

14 07 2009

keputusan1





1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

11 07 2009

Sakitnya hati ini……….
SATU LAGI CONTOH ” 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Pada hari pembicaraan 6 Julai 2009 saya tidak dapat hadir ke mahkamah untuk mengikuti perkembangannya kerana kesibukan tugas. Amat mengecewakan. Rakyat ditipu hidup-hidup oleh pemaju dan agensi kerajaan!

“Insufficient Evidence” ??????????

BACALAH email yang saya terima dari seorang sahabat yang menghadiri pembicaraan tersebut:

Hello Everyone,

A most extraordinary hearing and final alleged judgment by the new Judge took place at the High Court on 6th, which I believe not to be a judgment at all within the law.

Presentation was made at previous hearings by us of some hundreds of pages of concrete evidence against the respondents, together with around 280 photographs, plans, drawings etc and a dozen depositions, plus the previous Judge’s ruling that we were entitled to everything we had asked for by Order of Mandamus.

This latest hearing was merely to be a rubber stamping of the previous Judge’s Order.

The Judge just walked into court, stated only that there was “Insufficient Evidence” against the respondents the Minister of Housing and Papar District Council, and immediately started his next case.

Of course one has to doubt the credibility of such a ridiculous and unfounded statement in the circumstances and hope that it could not surely be possible that the Judge has been got at could it?

We have immediately filed an Appeal and so the fight for the honesty and justice that you all deserve so much, and the punishment of offenders, will go on.

There will be no additional costs for you to pay as the possibility of appeal was included when the legal charges for our lawyer was worked out from the beginning.

Oh well, see you in court again later. And never give up. The International Court of Human Rights next if the Appeal hearing is corrupted….

Best wishes,





Al Fatihah

9 07 2009

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)