Akhir Ramadhan

29 08 2011

image

Hidangan akhir ramadhan, teringat kampung halaman.





Mee Sup Ikan

13 08 2011

image

Alhamdulillah.. Menu berbuka 13 Ramadhan.





Panorama!

10 08 2011

image

Welcome to Kota Kinabalu..





Kerja…kerja…kerja

8 04 2010

Sudah lebih 2 bulan tidak update blog. Bahan banyak tapi tenaga kurang. Maklum sajalah memandu kereta ke pejabat sejauh kurang lebih 23 KM mengambil masa hampir sejam setengah. Itu pun mesti bertolak sebelum jam 6.00 pagi. Begitu juga waktu pulang. Kalau hari tak hujan, naik motorsikal. Tak sampai 30 minit, tapi letih juga kerana lalu di celah-celah kereta, terpaksa beri tumpuan 300%. Sekali-sekali menyumpah juga bila kereta depan tiba-tiba tukar lorong tanpa signal. Bab kerja tak payah cerita lah. Kecuali orang pergi kerja tapi tak nak buat kerja. Minggu lepas unit kami ( Unit Pembangunan Kemanusiaan ) telah diamanahkan untuk membantu pihak pentadbiran SK Pulau Sepanggar terhadap suatu perkara yang perlu disegerakan. Dari jeti Jabatan Laut Sabah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dalam kesibukan tugas sempat juga shopping sotong dan ikan (sangat segar) yang dijual oleh nelayan tempatan.


Menu RMT untuk murid miskin.


Pengkalan TLDM di mana Kapal Selam di simpan.


Antara guru-guru SK Pulau Sepanggar yang sama-sama menaiki bot. Dapat Elaun Hidup Susah RM500. Bayar sewa bot RM150 sorang sebulan.


SK Pulau Sepanggar ada Solar Hibrid, School.net dan Makmal Komputer ( Terbengkalai )


Antara penduduk Pulau Sepanggar yang tak pernah keluar dari pulau dan selalu mencuri makanan di kantin dan juga di kelas.


Seramai ini, hanya seorang saja yang pakai life jacket. Melihat gambar ini teringat saya semasa bot pelarian Vietnam tiba di pantai Terengganu di awal tahun 70an


Mungkin laut takut kepada anak-anak ini.


Saya tidak faham mengapa pemandu bot ini tidak mau mendaratkan murid-murid ini di jeti yang disediakan.





Pengumpulan Data SMM Ver.4.0 Bil.1/2010

20 02 2010

Amat mengecewakan. Selaku Pegawai Meja SMM PPD Kota Kinabalu, itulah yang dapat di katakan. Macam-macam alasan yang diberikan oleh Pengurus Sekolah terutama PK HEM dan Guru Data SMM. Alasan ‘standard’ ialah ‘ Komputer saya kena serang virus’, ‘Komputer saya terpaksa di Format semula’, ‘Guru Data saya telah bertukar ke sekolah lain’,’Guru Data saya berkursus’, ‘Guru Data saya cuti bersalin’, ‘Sekolah saya belum dapat CD Aplikasi’, ‘Saya tidak tahu bila mahu hantar data kerana tidak terima surat’, ‘ Ada lagi beberapa kelas yang belum siap key-in’ dan macam-macam lagi.

Sistem penghantaran surat mana-mana PPD pun saya rasa sama saja iaitu melalui “Pigeon Hole” di PPD. Di PPD Kota Kinabalu sesiapa yang mengambil surat perlu mencatat namanya pada buku di kaunter. Jadi alasan tidak terima surat itu tidak masuk akal. Surat makluman bertarikh 8 Januari 2010 memaklumkan tarikh akhir penghantaran data SMM ke PPDKK adalah pada 29 Januari 2010. Namun begitu, bagi sekolah yang ada rasa tanggung-jawab, memohon tambahan beberapa hari lagi. Jawapan saya “Boleh baa kalau kau”. Tapi yang sedihnya masih sehingga hari ini masih ada 20 buah sekolah rendah dan 3 sekolah menengah buat tidak tau saja walaupun sudah ditelefon.

Doc1

Kepada Pengetua, Guru Besar, PK HEM dan juga Guru SMM, bertindaklah segera. Saya terpaksa panjangkan surat tunjuksebab sekiranya data masih tidak sampai ke PPDKK pada 24 FEBRUARI 2010. Kadang-kadang apa yang kita paling tidak suka itulah ubatnya yang sebenar.





Protect Our Valuables!

28 01 2010

Selipar

i should buy one!hoho..





Pengalaman Jadi nelayan 2 jam di Sipitang, Sabah.

20 12 2009

Antara tahun 1981 – 1983 pernah beberapa kali mengikut sepupu saya kelaut menarik bubu. Bertolak awal pagi dari Kuala Dungun menuju ke arah Pulau Tenggol dengan menggunakan bot kayu ‘injin dalam’. Kalau tak silap lebih kurang 2 jam perjalanan tanpa kompas atau GPS, hanya berpandukan bukit di daratan yang tidak begitu jelas kelihatan. Mencari lokasi bubu yang ditinggalkan pun berpandukan bukit juga. Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tak jumpa. Kalau jumpa, Alhamdulillah, hasilnya cukup lumayan! Jemuduk ( orang Sabah panggil ikan putih),Ikan merah dan juga kerapu. Kalau cuaca baik dapatlah naikkan 4 atau 5 bubu. Kalau hari redup, bukit di daratan tidak kelihatan, balik kosong lah jawabnya. Semua kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga empat kerat, tanpa mesin. Paling saya tidak suka ialah menarik naik bubu dari dasar laut sedalam lebih kurang 100 meter! Belum lagi sampai separuh, tapak tangan sudah pecah. Apa tidaknya, tangan cikgu yang biasa pegang pen tiba-tiba tarik tali nilon yang berminggu dalam air dan ditumbuhi teritip. Berat satu bubu entahlah, saya agak lebih 100 kilogram. Rangkanya dari rotan dan kayu, jaringnya dawai mata punai serta batu pemberat 4 biji supaya bubu tidak hanyut. Masa itu belum ada subsidi lagi! Itulah pengalaman saya menjadi nelayan bubu 28 tahun yang lalu.

Kali ini saya cuba lagi, bukan nak jadi nelayan tapi ingin melihat aktiviti nelayan bubu dengan lebih dekat lagi. Lebih kurang jam 2.15pm membawa bot ke laut. Berpandukan GPS, kerja cukup mudah. Bubu ditarik naik menggunakan mesin dan winch. 5 bubu berjaya dicari dan dinaikkan dalam masa 2 jam!