Toksu hilang?

5 12 2008

Tidak!!!! Sebenarnya toksu dah cuba masukkan posting baru semenjak 1 Disember 2008  tapi banyak masalah. Nak kata line telefon tak bagus, Celcom Broadband pun tak boleh masuk. Nak kata laptop toksu bermasalah tidak juga kerana komputer pejabat dan juga laptop sahabat2 sepejabat juga begitu. Cuba line streamyx di rumah dengan 3 laptop/ 1 pc juga sama. Inilah Malaysiaku indah…. membayar atas perkhidmatan yang tidak digunakan!!! Bil bulanan tetap sama.. Streamyx RM66 dan Celcom Broadband RM68.

Kebetulan pula dari 2 hingga 4 Disember 2008 toksu menghadiri satu program KPM di sebuah hotel di kl. Nak guna wifi hotel kena bayar lagi RM 30.00 sejam. Jadi gunalah Celcom Broadband sendiri. Tapi masalah juga. Lembab nak mampuih. Nak buka Laman web ppgkk pun hampir 15 minit baru keluar.  Apa yang memeranjatkan kelembapan ini berlaku ditengah-tengah bandaraya kuala lumpur. Kalau di kampung tidak hairan lah. Andang nya begitu….. orang kampung warga kelas 2. Melalaklah kau, suara kau tak ke mana. Ops maaf macam over pulak toksu.

Satu lagi sebab toksu ‘hilang’…. Toksu dah lama betul tak demam/ batuk. Sebenarnya dari 1 hb lagi asyik bersin saja dan kemuncaknya pada hari ini 5 Disember  2008. Badan rasa panas dan lemah segala sendi. Mengampai terus. Malam OK sikit , line streamyx rumah pun ok apa lagi terus online.

Malam ini juga Jamuan Akhir Tahun PPDKK. Bukan sengaja tidak mahu hadir  tapi apakan daya masih lemah,  berbaju tebal dan beselimut. Toksu mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat ke majlis yang sangat bermakna itu dari sahabat semua terutama sekali tuan Dr. PPD kita. Toksu doakan majlis berjalan lancar. Amin…..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: