Hari Raya Korban 2008

10 12 2008

Nak mengajak orang berKORBAN sekali setahun bukanlah satu kerja yang mudah.  Nak kata tak mampu, lebih dari itu boleh beli. Idea berkorban keluarga toksu cetuskan  semasa berkumpul semua ahli keluarga sempena Hari Raya Haji pada tahun 2003. Semua ipar /biras toksu bersetuju dengan cadangan untuk memulakan Korban pada Hari Raya Haji 2004. Lantas ” Tabung Korban” segera diujudkan. Setiap ahli keluarga digalakkan menabung sebanyak RM30  sebulan. Dalam masa lebih kurang 10 bulan sahaja duit tabung sudah cukup untuk beli 2 ekor kerbau!! ( untuk makluman semua masyarakat Sipitang kurang gemar daging sapi). Tapi keputusan dibuat hanya korban seekor kerbau sahaja setahun.

Mandikan Kerbau sebelum Korban
Air Langir?

Tahun 2004 dan 2005  ibadah korban dilaksanakan di Kampung Tanjung Pagar Sipitang. Tahun 2006 dilaksanakan di Kampung Lingkungan, Weston.  Tapi tahun 2007 ada masalah sikit.  Pembekal yang biasa telah kehabisan stok. .  Usaha mencari kerbau di sekitar Sipitang diteruskan hinggalah dua hari sebelum raya. Ada kerbau tapi harganya mencecah RM3K. Ini dah melampau! Keputusannya korban tahun 2007 ditangguhkan. Muktamad.

Alhamdulillah. Tahun 2008 Allah izinkan kami berkorban di Kampung Tanjung Pagar Sipitang untuk kali ke 4. Namun begitu dalam meneruskan syiar ini  toksu dalam dilema. Antara adat dan tuntutan syari’ah. Toksu rasa sahabat toksu Abu Nuha atau sesiapa saja boleh bantu…  Kalau setakat mandikan kerbau untuk membersihkan lumpur dan najis di badan kira OK lah.  Tapi tak cukup setakat itu, dimandikan dengan langir, disisirkan bulunya, di sapu dengan minyak wangi ke seluruh badan . Kemudian kemenyan dan stanggi dibakar di mana asapnya dihalakan dari kepala hingga ke ekor kerbau. Hampir sejam kerbau diikat kaki dan tangan tanpa boleh bergerak-gerak untuk selesaikan ‘upacara’ itu!!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: