Ke mana kita?

21 12 2008

Soalan bonus untuk saya dan mungkin juga yang ‘sewaktu dengannya’ setelah kembali ke rumah dari majlis walimah seorang sahabat saya di satu tempat di sekitar Kota Kinabalu. Hidup di usia begini pun sudah dikira satu BONUS dari Allah. Kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan menggantikan yang tertinggal atau tak sempat buat.

Toksu pun bukan alim sangat. Dulu sekolah sekular. Sekolah orang putih. Hadir di majlis yang toksu sebut tadi terasa macam hadir di majlis yang lebih teruk dari  konsert atau persembahan kebudayaan. Tidak ada kena mengena dengan agama. Inilah agaknya yang dikatakan Agama suku politik suku oleh Tok Guru. Acara dipenuhi dengan nyanyian diiringi live band dan diselang seli dengan beberapa tarian pelbagai etnik di Sabah.Paluan kompang mengiringi kedua-dua mempelai ke pelamin dan diikuti majlis merenjis dan potong kek.  Yang paling dikesalkan ialah selain air sirap dan oren, montoku, Carlsberg dan Tiger Beer juga dihidangkan kepada tetamu. Kerana tidak sanggup berada lebih lama lagi di majlis ini, toksu menyusup di celah-celah tetamu lain dan menghilangkan diri tanpa pengetahuan tuan rumah. Nampak macam kurang sopan tapi tuan rumah lagi tidak bersopan!

Pendakwah-pendakwah di Sabah dirasakan mampu buat sesuatu.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: