Tanam bunga tumbuh pegaga

25 12 2008

Salah satu daripada hobi-hobi toksu ialah menanam pokok bunga dan herba.  Tapi sejak dua menjak ni graf minat menurun sikit bila berpindah ke Palm Beach Villa Kinarut. Tanah di sekeliling rumah dimampatkan dan penuh dengan batu, batu bata dan sisa-sisa konkrit. Pokok mangga pun tak mau hidup. Jadi terpaksa gunakan pasu. Kunyit,Halia,  Pokok Kari, Daun bawang, daun sup, Bunga kantan, Misai Kucing, Seri Menanti, Selasih ditanam selain dari pokok bunga. Dulu dari tahun 1981 hingga toksu mengajar Sains Pertanian. Jadi adalah sikit kemahiran.

Pokok ulam yang masih hidup dalam pagar toksu ialah pegega, ulam raja, bebuas, pokok ‘ppenna’ (Trg), Kadok, selasih dan kesom. Pokok lain OK tapi pokok pegaga samsing sikit. Pandai cari lubang. Dia masuk ke pasu dari lubang di bawah pasu. Maklum sajalah tanah dalam pasu gembur dan berbaja. Kalau setakat tumpang tak apalah, nak kontrol satu pasu pula.  Mati pokok kunyit satu pasu. Kalau ada sahabat nak pegaga segar dan halal , beritahu saja toksu. Percuma. Pastikan apa yang kita makan itu HALAL. Haram dan halal adalah jelas. Tiada 50-50.

img_0978 img_0976 img_0977