Sepetang di 1-Borneo

26 12 2008

Pada hari Sabtu 20 Disember 2008 toksu 3 beranak telah pergi ke sana saja nak berjalan-jalan sambil membeli keperluan dapur. Tapi semalam 25 Disember 2008 sekali lagi ke 1-Borneo.  Tapi tujuan pemergian kali ini semata-mata nak berjumpa dengan sahabat yang datang melancung ke sabah dari Indonesia. Sahabat yang saya maksudkan itu ialah Encik Razali mantan Pegawai Imigresen Sabah yang sekarang ini dihantar bertugas di Indonesia. Anak sulongnya sekelas dengan anak toksu semasa belajar di Maktab Sabah.

Tiba di persimpangan lampu isyarat UMS kereta telah bergerak sangat perlahan. Di kiri dan kanan jalan depan 1_Borneo penuh dengan kereta dan bas pelancung. Tiada peluang nak parking di situ. Terpaksa U-turn  dan dapat parking di tepi jalan utama ke KK lebih kurang 200 meter dari 1_Borneo. Nak lepas U-turn mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Masuk ke dalam 1-Borneo , masyaallah, jumlah manusia sungguh menakjubkan.Rasa-rasa macam berada di luar Malaysiapada musim salji. Dari depan pintu masuk dan di mana saja ada patung santa claus, di situlah ramai orang Islam ( berdasarkan cara berapakaian  (bertudung) dan berbahasa melayu, termasuklah pelancung-pelancung dari negara Brunei). Mereka semua tanpa segan silu malah begitu bangga dapat bergambar dengan santa claus , rusa terbang dan pokok krismas yang penuh dengan salji!  Anak-anak muda pula begitu gah dengan bertopi merah seperti yang dipakai oleh santa claus sambil bersama-sama menyanyikan: jingle-bell, jingle bell, jingle all the way! Adakah mereka semua jahil atau inikah yang dikatakan toleransi dalam beragama Islam Hadari……….

Sebelum balik masuk ke dalam Giant sekejap mencari kerepok lekor keluaran Majuikan yang dikilangkan di Cendering, Terengganu. Tapi sayang dah habis. Pada hari Sabtu lepas silap beli satu peket saja…….

Ada bawa kamera tapi tak dapat ambil gambar kerana kad SD tertinggal dalam card reader selepas eksport gambar ke komputer. Anak toksu marah juga tapi kata toksu mungkin ada hikmahnya……


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: