Kenduri Arwah 40 hari

29 12 2008

Bila sebut kenduri arwah 40 hari teringat di zaman toksu kanak-kanak. Dulu duuuulu di kampung toksu amalan kenduri arwah 7 hari, 40 hari, 100 hari dan macam-macam lagi ada juga tapi sekarang macam tiada sudah. Lebih dahsyat lagi upah orang mengaji di kubur mulai malam  pertama jenazah dikebumikan. 7 hari 7 malam. Di rumah arwah pula setiap malam selepas solat Isya’ diadakan tahlil ( orang Terengganu kata Ratib). Masa tu seronok tidur di kubur kerana makan dan minum sentiasa ada.

Pada 26 Disember toksu masih bekerja maka isteri dan anak-anak toksu terpaksalah memandu sendiri ke Kampung Lingkungan ( rumah biras toksu) kerana pada hari itu diadakan mendadeh dan mengelupis. 27 Disember , jam 8.00 pagi toksu menaiki bas ke Kampung Lingkungan. Perjalanan cukup selesa dengan bas ekspres KK – Lawas. Tambang RM13.00 sahaja dengan perjalanan lebih kurang sejam 30 minit. Tiba di rumah tetamu sudah ramai. Macam kenduri kahwin! Ada 2 khemah tempat hidangan makanan.

Jam 11.00 pagi majlis tahlil dimulakan. Toksu difahamkan doa dan tahlil arwah 40 hari mengambil masa lebih dari 2 jam. Oleh kerana toksu tak tahan duduk lama-lama, maka toksu duduk saja di bawah ‘kolong’ bersama-sama sebahagian jemputan lain. Lagi pun atas rumah sudah penuh. Tiba-tiba belum sampai satu jam sudah “Amin!!!”. Toksu dimaklumkan selepas selesai majlis itu, pihak tuan rumah minta semuanya diringkaskan. Pada pandangan toksu satu perkembangan yang baik. Satu hari nanti adat ini bukan setakat diringkaskan saja malah ditiadakan terus.

pc270004 pc270006


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: