Memancing di laut Sipitang

1 01 2009

Rasanya dah hampir 9 bulan toksu tak memancing di laut. Akhir sekali awal April memancing di sekitar Pulau Sepanggar. Lepas tu nak ke Kudat tak jadi kerana laut bergelora dan kesibukan tugas. Asyik tangguh saja, joran dan kekili baru pun belum cuba lagi. Gian betul nak ke laut. Maklum sajalah anak nelayan.. dibesarkan bersama laut.

Cuaca pagi 28 Disember 2008 sangat baik. Janji nak keluar ke laut jam 6.30 pagi. Tapi bot belum keluar dari bawah kolong. Siap pasang GPS lebih kurang jam 7.30 pagi terus tarik bot sejauh 200 meter ke laut kerana air surut. Dengan injin 3.3Hp perjalanan agak perlahan tapi cukup selesa.Toksu berempat sahaja iaitu Majid, Jufri dan Aryanto dengan sedikit bekalan teh O, kelupis dan wajik ( lebihan semasa kenduri arwah).

Dalam perjalanan menuju ke takat singgah sebentar dekat bot pukat ‘pusu’. Minta sedikit saja pusu untuk dibuat umpan tapi diberi lebih sekilo. Begitulah sikap nelayan kalau di laut, tidak berkira sangat.  Umpan dan bekalan dah kira OK tapi nasib tak menyebelahi kami. Hampir setengah hari toksu dapat seekor ikan kerisi sebesar dua jari sahaja. Yang lain tu habuk pun tarak.. Namun begitu hati rasa puas kerana dapat melihat keindahan ‘Taman Negara’ dan pekan Sipitang dari laut.

img_1173 img_1167 pc2800431 pc280041 pc280038


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: