Selamat Pengantin baru Najib

16 01 2009

img_1724 img_1818

img_1723 img_1804 Selamat Pengantin baru semoga berkekalan hingga ke syurga. Itulah ucapan dari toksu sekeluarga kepada anak buah toksu ( anak kepada kakak toksu). Pasangannya adalah orang Sungkai, Perak. Kalau di Sabah , Sungkai tu maknanya berbuka puasa!! Majlis itu diadakan pada 11 Januari 2009di kediamannya di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Sempat juga toksu tanya anak buah toksu tu kenapa tak bersanding. Jawapannya ringkas, takut pelamin roboh!! Toksu kuatkan semangat untuk hadir ke majlis itu kerana ia merupakan majlis ke 8 dan terakhir yang dikendalikan oleh kakak toksu. Lagi pun toksu rasa inilah masanya untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan mengenali anak-anak saudara dan cucu saudara toksuyang bertaburan di seluruh pelusuk tanah ain. Di majlis itu juga toksu dapat sahabat baru (yang memakai t-shirt “ANGIN PERUBAHAN” / “PAS FOR ALL”.  Toksu minta izin untuk mengambil gambarnya. Toksu tak dapat berbual panjang kerana masing-masing sibuk dengan tugas.

Sebelum itu iaitu pada 10 Januari 2009 selepas solat Isya’ diadakan majlis Tahlil. Apa yang menariknya pada malam itu juga di Taman Medan ( sebelah Taman Dato’Harun) ada ceramah TG Dato’Nik Aziz Nik Mat. Selesai saja makan se bahagian besar yang hadir di majlis Tahlil beredar pula ke majlis ceramah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: