Kereta Toksu, isteri & anak

18 01 2009

Sambil berehat di petang minggu, terpandang album gambar-gambar lama. Kali ini toksu ingin kongsikan gambar-gambar kereta yang pernah toksu miliki.

img_1215

Inilah rupa  kereta pertama toksu ST382. Dibeli pada tahun 1978  RM3500.00 semasa bertugas di SMK Tawau

img_1219

Masih kereta yang sama cuma nombor saja ditukar ke ST6291 kerana nombor lama diambil kembali oleh pemilik asal. Pada tahun 1981 kereta ini dihantar ke Dungun, Terengganu kerana toksu bertukar mengajar di SM Sultan Omar. Sebelum kereta ini sampai toksu berbasikal ke sekolah. Masa tu ramai guru SMSO berbasikal ke sekolah. Bila kereta ini sampai nombor  pendaftarannya di tukar ke TE7900 kerana masa tu JPJ tidak benarkan guna nombor Sabah. Oleh kerana kereta ini selalu meragam, toksu jual saja murah-murah. Beli pula kapcai untuk ke sekolah hinggalah beli kereta baru.

img_1220Kereta kedua, kereta baru CS 8289 Toyota Corolla GL dibeli RM 17000.00 di Kuantan pada bulan Ogos 1982. Kereta ini pernah dibawa ke Sabah dengan Feri Malaysia pada tahun 1986 masa cuti sekolah akhir tahun. Tahun 1989 dijual  (trade-in)

img_12551img_1239

Mungkin terpengaruh dengan iklan juga toksu jual toyota dan beli Proton Iswara Aeroback. Masa tu dikenali sebagai Proton Knight. Proton upah mat saleh buat roadshow ke seluruh negara mempamerkan aksi lasak dan kehebatan Proton Knight. Kalau tak silap 2 hari mat saleh ni buat show di pantai Batu Burok. Toksu tak pergi tapi dengan cerita dari kawan-kawan saja. Tahun 1993 toksu memohon bertukar ke Sabah dan diluluskan. Pada 1 Disember 1993 toksu melapordiri di Maktab Sabah. Cadangan untuk bawa kereta ini ke Sabah dibatalkan kerana seorang saudara toksu minta beli kerana katanya nak buat kenangan. Motosikal Honda EX5 juga dijual.

img_1237

img_1227

Episod di Sabah. Tiba saja di KK terus ke kedai motor depan pasar Filipin beli Yamaha SS110 SA3414 N dan masih diguna hingga kini. Toksu mengajar di Maktab Sabah sesi petang, isteri mengajar di SRK St.Agnes sesi pagi, anak Tadika Ria Yayasan Sabah. Masalah kalau tak ada kereta. Beli Honda Accord second hand SA6792H dari Cikgu Ag.Arshad dari Papar. Masalah tidak selesai juga bila hari hujan. Beli pula Subaru J10 4WD second hand SA8453 F

img_1250

Kereta ini pernah digunakan semasa perletakan batu asas di tapak UMS(diwajibkan hadir) . Pertama kali juga guna 4WD semasa terbenam dalam lumpur di tempat parking di majlis tersebut.

Tahun 1997 ditukarkan ke SK Kg.Silam Lahad Datu dan isteri di SK Lahad Datu 2.  Beli sebuah Iswara Aeroback ST8419E nak buat kenangan  konon. Tahun 1999 bertukar balik ke KK.  Tahun ini juga kereta iswara ini kena langgar dari tepi ketika dipandu oleh isteri toksu. Siap repair terus jual. Tak sempat ambil gambar. Sementara menunggu kereta di bengkel booking kereta Kancil. Tempoh menunggu agak lama. Pada tahun ini juga Honda Accord SA6792H dijual kerana tak cukup duit nak bayar harga kebun  getah.

img_1271

Oleh kerana Kancil lambat lagi sampai, Pengurus Kedai buku Lumen En.William offer Honda Accord SA7883M. Agak murah RM 25000.00 saja.

img_0696

Mula-mula jual Honda Accord SA7883M setelah tempahan Kancil SA9479Y diterima. Jual Kancil beli pula Kelisa WLT 7883 dari Siddqi Auto.Kerana nak nombor 7883 terpaksa daftar di Kl, tu yang no platnye WLT.

img_1313

Tahun 2001 buat pinjaman kerajaan untuk beli Iswara Aeroback Auto SAA7883B dan masih setia bersamanya.

img_1346

kcc78831Tahun 2007, anak sulung toksu bekerja di Kl, memerlukan sebuah kereta. Cadangan awal nak hantar WLT ke KL, tapi setelah berfikir dan berbincang. Keputusannya belilah kereta baru. Kenapa KCC7883? Masa tu Viva baru keluar dan Kelisa ada offer potongan RM4000 promosi penghabisan stok. Di KK habis stok, cuma di Kedah saja yang masih ada stok. Siddqi Auto juga yang uruskan.

Perkhidmatan masih berbaki 3 tahun lagi…..    kereta apakah seterusnya?


Actions

Information

One response

18 01 2009
Bruce McIntire

I’ve been reading along for a while now. I just wanted to drop you a comment to say keep up the good work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: