Kinarut Palm Beach Villas

22 01 2009

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, toksu telah meninjau ke beberapa rumah contoh projek perumahan di sekitar KK. Mula-mula ke Bandar Seirra, kemudian ke Taman Kemayan dan beberapa projek lagi tapi dah lupa. Last sekali ke Center Point melihat rumah contoh Palm Beach Villas (Pemaju Herowang sdn bhd ahli Wong Kwok Group). Terletak di lokasi yang menarik, frasarana seperti ‘boardwalk’ di sepanjang pantai, ‘clock tower’, pantai yang bersih, ‘resort living’,’quality housing’,  ‘Your Signature Home’ dan macam-macam lagi yang cantik dan sedap didengar. Akhirnya semua ahli keluarga toksu sebulat suara bersetuju membeli Lot SD136 Palm Beach Villas dengan Pinjaman Kerajaan RM300K++. Setelah terima kunci toksu pun segera pindah ke rumah baru.

img_19921

Sebaik sahaja berpindah, ada saja masalah berkaitan rumah muncul. Pertama sekali paip pvc yang ditanam dalam tanah dari meter ke tangki bocor di sana sini. Kemudian dapat kesan saluran tandas bocor, dinding retak di luar dan dalam, kaki lima keliling rumah mendap, lokang pecah dan 1001 macam kerosakan kecil. Bila dibuat aduan dibaikilah lebih kurang saja. Habis tempoh waranti 6 bulan Wong Kwok Group tidak peduli lagi. Di luar pagar pula banyak alatan permainan kanak-kanak rosah, taman bunga dah jadi rimba. Pantai dah lama dibiarkan kotor dan semakin terhakis, boardwalk dah runtuh. Masa ini dah mula terasa macam tetipu! Bukan macam lagi, kini sahlah Wong Kwok Group ……..(sensored). Pada 1 Januari 2009 lari meninggalkan pondok sekuriti tanpa notis. sebelum itu CCTV ditiadakan, lampu jalan ditutup, pam tangki septik ditutup, dan macam-macam lagi perkara yang menyusahkan pembeli. Kepada sahabat yang nak beli rumah, berhati-hatilah bila ia dibina oleh WK Group atau apa saja nama yang ada kaitan dengan Wong Kwok!!! Lihatlah apa dah jadi dengan Palm Beach Villas yang antara pembelinya bukan sahaja rakyat malaysia, bahkan dari England, Jepun, Korea, Taiwan dll di bawah Program Malaysia My Second Home. Memalukan. Nasib kami agak baik sedikit kerana ada seorang warganegara British yang berusaha gigih membawa rintihan kami ke mahkamah setelah aduan ke Peguam Negara, PM, KM,Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, SUHAKAM dan lain-lain individu dan agensi gagalmendapat perhatian. Terima kasih Mr Roger Crowhurst!

img_2006 img_2026

img_0135

img_2042


Actions

Information

2 responses

21 03 2009
Steve Gaisan

mari kita hidupkan semula palam beach!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: