Durian Dari Sipitang?

27 01 2009

Dah lama toksu tak beli durian. Kalau tak silap akhir sekali beli durian semasa menyertai ekpedisi ke Luanti Ranau bersama jemaah surau Riyadhus Solihin Taman Austral tahun lalu. Malam tadi lepas Isya’ saja nak ronda-ronda di pekan Sipitang. Tiba di kawasan tamu mingguan iaitu depan gerai sate ada 3 orang wanita sedang menjual durian.  Satu longgok dijual RM8.00 sekilo dan sebelahnya satu ikat (4 biji) RM35.00

Toksu pilih 3 biji dan timbang – 4.4Kg dan harganya RM35.20. Tawar punya tawar dapatlah dapatlah RM30.00 pada kadar RM7.00 sekilo. Bila mau bayar, penjual itu offer lagi yang RM35.00 seikat pula. Baik ni wang, baru gugur, lunak….. dan macam-macal lagi perkataan yang baik-baik tentang durian itu. Setelah tawar menawar dapatlah RM30.00 seikat. Nak tawar banyak-banyak rasanya tak sampai hati. Kesian dengan penjual, orang lain dah bersiap nak tidur dia masih lagi mencari rezeki.

Tapi rupa-rupanya penjual durian ini tidak berhati perut, sanggup jadi penipu. Tiba di rumah toksu terus buka yang 3 biji dulu kemudian yang seikat (4 biji) itu . Yang dua biji di atas bersaiz dalam sekilo sebiji itu OKlah tapi yang dua biji di bawah tu agak besar sedikit dari yang di atas tu bermasalah. Sebiji susah betul nak buka. Lalu toksu kerat dua. Konfem mentah, dan masih muda, peram sebulan pun tak masak. Yang sebiji lagi kulit dah kecut, isi berair, tawar hambar tak rasa durian pun. Pada toksu mustahil penjual durian tak kenal yang mana mentah dan yang mana buruk. “Tapi tak apa, hari ini kau kenakan aku!!!!” ~~ pinjam kat-kata AR Tompel dari filem Ahmad Albab.

Pesan toksu kepada sahabat yang nak beli durian Sipitang, berhati-hatilah terutama di zaman kulit durian menjadi berharga dan ditimbang kilo!!!. Tatkala di Sipitang tiada durian, tapi di Segama KK, di Beaufort, di Papar ada durian dari Sipitang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: