Taklimat SisMAKAN dan SMM Ver.4.0

26 05 2009

Taklimat telah diadakan di Hotel Imperial International, Kota Kinabalu pada 20, 21 dan 22 Mei 2009 dan disampaikan sendiri oleh programmer kedua-dua aplikasi tersebut. Sepatutnya 24 penyelia dari semua PPD hadir tapi ada dua yang tidak hadir. Masa taklimat berjalan OK saja tapi lepas itu BP naik sikit sebab memikirkan tindakan susulan yang perlu disegerakan. SisMAKAN ialah aplikasi Sistem Maklumat Kantin Sekolah dan SMMVer 4.0, Sistem Maklumat Murid yang diubahsuai berdasarkan DDSA (Data Dictionary Sektor Awam)P5220079 P5220086 P5220081
Dalam masa yang sama data SSDM (Sistem Salahlaku Disiplin Murid) perlu dikutip, disemak dan digabungkan diperingkat negeri. Masalah kami selaku pemungut data ialah bila ada sekolah yang tidak hantar data, peratus penghantaran di daerah atau negeri tidak lagi 100%. Kalau setakat PENYELIA cabok telefon ke sekolah tak dilayannya.Kalau Penyelia pergi sendiri ke sekolah pun tak bermakna juga kalau guru data tak buat kerja! Tapi kalau dah terima surat peringatan atau tunjuksebab yang ditandatangani Ketua Sektor atau Pengarah barulah kelamkabut. Yang melucukan lagi mau juga turun ke KK dari Ranau, Beluran, Tambunan dll semata-mata nak hantar data. Kemudahan internet/email kan ada, mengapa tak mahu gunakan. Kalau tak ada internet di rumah, pergilah ke cybercafe, tak habis pun 3 ringgit!. Saya sendiri pun di pejabat tak ada line internet, terpaksa beli Celcom Broadband yang RM98 sebulan ( yang RM68 sebulan tu hancus, lambat giler) , barulah boleh buat kerja. Laptop? Beli sendiri!!!! Pakai kad kredit 0 interest. Nak tunggu laptop kerajaan punya, entah bila tak taulah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Satu Malaysia Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan…….


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: