Pemandu Bertuah

30 05 2009

hummer
Dah lebih sebulan saya sering berselisih di jalanraya dengan sebuah kereta yang bentuknya seperti kereta di atas. Sekali pandang macam kereta kebal yang baru kembali dari medan perang. Berwarna hitam, bercermin bukan lagi gelap tapi nampak hitam terus, meluncur dengan gahnya di jalanraya di sekitar Kota Kinabalu. Yang agak peliknya tiada nombor pendaftaran langsung dipamerkan. Kalau kereta tentera ada juga nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf Z……….Kalau kereta Agung atau TYT atau PM atau… tentu ada terpampang YANG DI PERTUAN AGONG atau YANG DI PERTUA NEGERI SABAH atau PERDANA MENTERI dsbgnya. Kalaulah kereta Kancil atau Iswara entah dah berapa banyak samannya. Atau polis trafik atau JPJ tak pernah jumpa di jalanraya KK. Sebab itulah saya katakan pemandu atau pemilik kereta ini sangat bertuah dan istimewa kerana dikebalkan dari sebarang akta atau undang-undang. Hidup “satu malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: