Singgah sebentar di LCCT Sepang

21 06 2009

Dari Melaka ke negeri Sabah, singgah sebentar di LCCT. Sebelum itu, selama 3 hari 2 malam di Puteri Resort Ayer Keroh sebilik dengan En.Jubrine Penyelia Kanan Unit Disiplin JPN, banyak pengalaman baru diperolehi. Seawal jam 8.30 pagi sebaik saja bermula mesyuarat, kami dikejutkan dengan keputusan kutipan data oleh BTMK KPM. Apa tidaknya, mengikut analisis kami 95.6% sekolah Sabah menghantar data ( 1230 sekolah dari 1260++). Kami tidak pasti apa formula BTMK gunakan sehingga Sabah dapat 16% sahaja. Suasana agak hangat juga bila Unit Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian tidak dapat menjelaskan apakah kriteria rumusan itu dan di manakah silapnya data Sabah. Hampir kami keluar dari mesyuarat itu untuk pulang saja ke Sabah. Berkat kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat dari Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan lain-lain kami batalkan saja hasrat itu. Akhirnya setelah disemak kembali keputusan sebenarnya 59% dan kami tahu di mana sebenarnya kesilapan berlaku.
Sebelah malam adalah aktiviti bebas. Kesempatan itu saya ambil untuk menziarah keluarga di sekitar Kg. Duyung.Sebenarnya bapa saya berasal dari Melaka dan ibu dari Terengganu. Syukur 3 orang adik bapa saya ( 1 lelaki dan 2 perempuan) masih ada. Sempatlah perkenalkan anak saya kepada sepupu-sepupunya di Melaka (Kebetulan anak saya juga bermesyuarat di Melaka).
Hari Rabu 17 Jun 2009 jam 2.00 petang bertolak dari Puteri Resort Ayer Keroh ke airport. OTW singgah sekejap di gerai R&R beli rinang-rinang, biskut kelapa, sagon, bepang kacang dll. Tiba di LCCT agak awal dan kaunter check-in belum buka. Nak minum, masih kenyang lagi. Duduk-duduk dulu di kerusi sebelah ruangan ketibaan. Lebih kurang 4.00 petang kami berjalan menuju ke kaunter check-in, tapi belum juga buka. Encik Jubrine teringat yang ole-ole yang dibeli di gerai tadi tertinggal di kerusi tidak jauh dari situ. Bergegas ke sana dan hampa saja kerana satu beg plastik sudah dikebas orang! Untuk hilangkan rasa kecewa, kami minum di Taste of Asia. Lagi parah bila order 1 botol mineral water 500ml dan 1 cawan kertas iced lemon tea berjumlah RM 7.40. Silap kami tidak tanya dulu harga!( Senarai harga tidak dipamerkan). Malas nak makan di McD. Terminal Tambang Murah, kedai makan cekik darah!Rupa-rupa nya orang tempatan lebih teruk dari yahudi. Gagasan Malaysia, Rakyat didahulukan…………
bill
TasteAsia
jadual


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: