Ogos Bulan Kemerdekaan

2 08 2009

Berbagai-bagai hadiah yang kerajaan Barisan Nasional umumkan untuk rakyat 1Malaysia. Sebelum ini tambang bas dan teksi naik. Ini tak termasuk hadiah sempena 100 hari pemerintahan Najib. Akibat terlalu sibuk dengan urusan rasmi di pejabat, urusan peribadi terlupa. Terlupa nak comfirm tikit penerbangan ke KL hujung minggu depan. Jadi, tangguh ke hari Sabtu, tak payah isi borang keluar pejabat. Hari Sabtu bersamaan 1 Ogos 2009 lebih kurang jam 10.00 pagi pergilah ke pejabat MAS di Terminal 1 LTAB KK. Macam biasa, ambil nombor giliran dan tunggu. Bila tiba giliran ke 129 kelas ekonomi, saya hulurkan tikit dan beritahu tarikh yang saya kehendaki. ” Maaf encik, tikit ini harga lama ( tikit dikeluarkan bulan Mei 2009), sekarang harga tikit sudah naik”. Saya ingin kepastian,”Sejak bila?, berapa naik?”. Jawabnya” Mulai hari ini, RM60.00 seorang.Jadi encik kena bayar RM180.00 untuk 3 orang” Kesimpulannya bayarlah RM180 lagi kerana terpaksa juga ke KL hujung minggu ini atas urusan keluarga! Tak ada angin, tak ada ribut, tup tup naik tambang.

Satu lagi projek mencekik darah rakyat! Saya yakin dan saya kunci lirik ini: “PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!”


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: