Kerja…kerja…kerja

8 04 2010

Sudah lebih 2 bulan tidak update blog. Bahan banyak tapi tenaga kurang. Maklum sajalah memandu kereta ke pejabat sejauh kurang lebih 23 KM mengambil masa hampir sejam setengah. Itu pun mesti bertolak sebelum jam 6.00 pagi. Begitu juga waktu pulang. Kalau hari tak hujan, naik motorsikal. Tak sampai 30 minit, tapi letih juga kerana lalu di celah-celah kereta, terpaksa beri tumpuan 300%. Sekali-sekali menyumpah juga bila kereta depan tiba-tiba tukar lorong tanpa signal. Bab kerja tak payah cerita lah. Kecuali orang pergi kerja tapi tak nak buat kerja. Minggu lepas unit kami ( Unit Pembangunan Kemanusiaan ) telah diamanahkan untuk membantu pihak pentadbiran SK Pulau Sepanggar terhadap suatu perkara yang perlu disegerakan. Dari jeti Jabatan Laut Sabah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dalam kesibukan tugas sempat juga shopping sotong dan ikan (sangat segar) yang dijual oleh nelayan tempatan.


Menu RMT untuk murid miskin.


Pengkalan TLDM di mana Kapal Selam di simpan.


Antara guru-guru SK Pulau Sepanggar yang sama-sama menaiki bot. Dapat Elaun Hidup Susah RM500. Bayar sewa bot RM150 sorang sebulan.


SK Pulau Sepanggar ada Solar Hibrid, School.net dan Makmal Komputer ( Terbengkalai )


Antara penduduk Pulau Sepanggar yang tak pernah keluar dari pulau dan selalu mencuri makanan di kantin dan juga di kelas.


Seramai ini, hanya seorang saja yang pakai life jacket. Melihat gambar ini teringat saya semasa bot pelarian Vietnam tiba di pantai Terengganu di awal tahun 70an


Mungkin laut takut kepada anak-anak ini.


Saya tidak faham mengapa pemandu bot ini tidak mau mendaratkan murid-murid ini di jeti yang disediakan.





Anak-anak siapa ni!!!!!

31 03 2009

Lokasi: Tanah perkuburan Cina jalan Lintas – Likas
Masa: Lebih kurang jam 11.30 pagi

curi-limau





Dasar Yang Menyusahkan….

22 02 2009

Minggu lepas toksu berurusan dengan dengan sebuah jabatan kerajaan. Di antara dokumen yang perlu disertakan ialah Fotostat Kad Pengenalan. Apabila disemak oleh pegawai /kerani berkenaan didapati salinan fotostat tersebut tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan tidak mahu menerimanya walaupun disertakan bersama Kad Pengenalan Asal. Pada borang yang dihantar itu tidak pula dinyatakan yang salinan fotostat yang mesti disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, cuma di catatkan  ‘Salinan Fotostat KP ‘sahaja.

Mau tak mau terpaksalah bawa salinan fotostat tersebut ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk mendapatkan pengesahan. Di Pejabat Pendaftaran Negara pula kebetulan tidak ramai orang jadi cepatlah urusan. Pegawai / kerani di kaunter terus cop “DISAHKAN SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL” dan tandatangan setelah melihat Kad Pengenalan Asal.  p2210060-copy

p2210064 p2210063 Persoalannya : 1. Adakah ini Dasar Kerajaan Barisan Nasional atau Dasar Jabatan Pendaftaran Negara atau Dasar Siapa……….?????? 2. Pejabat Pendaftaran Negara hanya mengesahkan “SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL” bukannya mengesahkan KETULINAN KPT. Jadi apa rasionalnya pegawai/kerani ( pasti bukan Ketua atau Pegawai Gred 41 ke atas) mengesahkan salinan! Apakah Ketua Jabatan /pegawai Gred 54, 52, 48 atau 44 di Jabatan lain lebih rendah tarafnya sehingga tidak layak mengesahkan “SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL”? Yang peliknya dokumen lain boleh disahkan oleh mana-mana pegawai kumpulan A.

Lebih menyusahkan lagi Pejabat Pendaftaran Negara di sekitar KK hanya terdapat di Penampang, Inanam (Terminal bas) dan Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan dekat UMS. Sekali-sekali fikir kita ni lebih teruk dari PTI dibuatnya……… Fikirlah sendiri!





Banjir, banjir, banjir

6 02 2009

Hari ini terpaksa ambil cuti rehat satu hari kerana ada urusan penting di Sipitang. Lebih kurang jam 7.15 pagi toksu 3 beranak bertolak dari Palm Beach Villas menuju ke Sipitang. Perjalanan agak membosankan kerana semua kereta bergerak perlahan – sekitar 40 – 50 km/jam kerana hujan belum berhenti sejak dari semalam. Tiba di Nyaris-nyaris isteri telefon beritahu jalanraya antara Beaufort Sipitang ada dua tempat banjir. Tiba di Beaufort terus cari makan supaya tidak kelaparan dalam kereta semasa tunggu air surut sedikit. Lepas makan perjalanan diteruskan. Limpas saja Lumadan iaitu sebelum Bukau kereta sudah berbaris panjang. Banyak kereta sudah parking di kiri kanan jalan. Toksu berhenti sekejap di tepi jalan sambil memerhati keadaan. Toksu tengok kancil dan viva boleh lepas mengharungi air sejauh lebih kurang 200 meter.Toksu pun mencuba nasib dan lepas juga. Tiba di hadapan SK Bukau ada air lagi di tengah jalan. Polis nasihatkan berhenti di sini sahaja kerana  depan sikit air agak dalam. Dimaklumkan juga di Ulu Lingkungan hanya kenderan berat sahaja boleh lalu.  Toksu parking betul-betul depan Kelinik Desa Kg.Bukau dan tunggu hampir 2 jam sebelum buat keputusan patah balik ke KK. Objektif tidak tercapai, rugi cuti satu hari.

banjir1 banjir banjir2 banjir4 banjir3





Cuti Tahun Baru Cina – Tahun Lembu

30 01 2009

Inilah sebahagian dari hasil kerja sepanjang cuti 2 hari. Gambar di ambil dari rumah toksu.

img_2461

img_2385

img_2382

img_2460 1. Gambar biawak tu diambil dari jarak kurang lebih 5 meter dari varanda belakang rumah toksu. Jinak….

2. Kucing depan kereta sedang posing minta digambar.

3. ayam tu apa lagi kalau tak minta makan

4. Kucing kelabu tu sedang tunggu hari sedang berehat di belakang rumah toksu. Walau bagaimanapun toksu dah sediakan satu kotak kosong mungkin boleh digunakan sebagai tempat beranak kalau tak sempat panggil ambulan.

Semua itu bukan toksu bela. Mereka semualah yang jaga rumah toksu semasa ketiadaan toksu. Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan mereka seperti keruak, punai, pipit  dan juga layang-layang.





Pilihanraya Kecil P36 Parlimen Kuala Terengganu

17 01 2009

Hari ini tiada aktiviti utama. Dari pagi asyik melayari internet, merantau dari blog ke blog. Fokus utama adalah membaca komen dan melihat laporan semasa mengenai PRK P36. Dan akhirnya penantian yang penuh debaran terjawab.

Tepat jam 9.28 malam Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu mengumumkan keputusan Pilihanraya Kecil P36 Parlimen Kuala Terengganu  dengan rasminya: PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.  Takbir!





Sessi persekolahan 2009

6 01 2009

Sebagaimana yang sedia maklum sessi persekolahan bagi tahun  2009 telah bermula pada 5 Januari yang lalu ( 4 Januari bagi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis). Sepatutnya Pengajaran dan Pembelajaran telah bermula. pada hari tersebut. Maknanya guru sepatutnya telah mengajar dengan penuh bersemangat. Apa perasaan anda sekiranya anda hantar anak ke sekolah,  tiada guru di kelas. Kelas macam dalam stor. Jadual belum disediakan. Malah ada guru yang masih bercuti. Yang tak cuti ada yang datang 8.30 pagi. Tidak dinafikan ada juga guru yang mengajar tapi tanpa apa-apa persediaan berlakon macam ‘cikgu Shaari’.  Kalau zaman filem hitam putih dulu duuuulu boleh la……. Bak kata si Nabil, lu pikir lah sendiri!!!





Kesibukan awal tahun 2009

5 01 2009

Hari kelapan  tahun 1430H dan  kelima tahun 2009. Begitu pantas masa berlalu.  Apa tak semput, KWSP beri arahan pindah sebelum 01 Januari 2009. Jumaat 02 Januari susun perabut dan “operasi buka kotak”. 03 Januari daftar/ bayaran yuran sekolah anak di SMK Putatan. 04 Januari shopping kasut sekolah anak dan lain-lain keperluan. Hari ini 05 Januari jam 5.20 pagi dah keluar rumah dan tiba di 1-Borneo jam 5.50 pagi. Parking kereta dan tunggu Haji Baharom dan Haji Husin Dahalan. Destinasi seterusnya ke SK Kebagu untuk Pemantauan Hari Pertama Persekolahan 2009 (arahan Kementerian Pelajaram Malaysia di seluruh negara). Inilah kali pertama toksu ke kampung Kebagu sejak bergelar guru. Jarak dari simpang 1-Borneo ke sekolah lebih kurang 6 Km dan hampir separuh jalan gravel yang sesuai dengan 4WD.  Hampir jam 7.00 pagi  Haji Baharom tiba dengan Pradonya. Sangat sesuai dengan jalannya. Tiba di sekolah jam 7.15 pagi. Operasi berterusan hingga jam 12.30 tengahari. Jam 2.00 petang ada beberapa orang ibu/bapa/ murid sedang menunggu untuk urusan Kes Rayuan Penempatan Semula ( Bagi murid yang digantung/ buang sekolah)

img_1401 img_1405 img_1430 Kampung Numbak yg terletak sebelum Kebagu





Sekadar memenuhi masa sebelum tidur…

26 12 2008

pc260002 pc260001 pc2600061 img_0024

Beginilah keadaan ruang kerja unit-unit Pengurusan Sekolah, HEM, Pendidikan Islam, PraSekolah dan Peperiksaan. Sesak dan penuh dengan kotak-kotak berisi barang-barang untuk dipindahkan ke premis baru. Pada 27 dan 28 Disember ( Sabtu dan Ahad) pihak kontraktor akan mengangkat kotak-kotak tersebut ke destinasi yang telah ditetapkan. Kalau ada lagi barang-barang yang belum sempat dikemas terpaksalah angkat sendiri.

Hari ini 26 Disember 2008 hanya beberapa orang staf PPDKK yang bekerja. Yang lain-lain tu bercuti! Dari pagi hingga ke petang hanya beberapa orang pelanggan yang datang berurusan, iaitu ibu bapa yang ingin tahu tentang rayuan penempatan ke Tingkatan 1 2009. Premis baru PPDKK memang cukup luas iaitu keseluruhan tingkat 5 di Blok C dan D Bangunan KWSP KK. Namun begitu jadual akhir tahun ini juga cukup padat. 28 Disember – petang Ahad Doa akhir dan awal tahun di Masjid Negeri. 29 Disember – pagi Isnin bersamaan 1 Muharam 1430 majlis sambutan diadakan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS KK.  Sudah pasti yang hadir nanti sebilangan besarnya adalah golongan tua dan anak-anak. Yang lain-lain tu sudah pasti memikirkan saat penantian  detik 12.00 malam menjelang 1 Januari 2009!!!!

Esok 27 Disember ke Kampung Lingkungan sebelum pulang ke Sipitang.