Akhir Ramadhan

29 08 2011

image

Hidangan akhir ramadhan, teringat kampung halaman.





Mee Sup Ikan

13 08 2011

image

Alhamdulillah.. Menu berbuka 13 Ramadhan.





Panorama!

10 08 2011

image

Welcome to Kota Kinabalu..





Pengumpulan Data SMM Ver.4.0 Bil.1/2010

20 02 2010

Amat mengecewakan. Selaku Pegawai Meja SMM PPD Kota Kinabalu, itulah yang dapat di katakan. Macam-macam alasan yang diberikan oleh Pengurus Sekolah terutama PK HEM dan Guru Data SMM. Alasan ‘standard’ ialah ‘ Komputer saya kena serang virus’, ‘Komputer saya terpaksa di Format semula’, ‘Guru Data saya telah bertukar ke sekolah lain’,’Guru Data saya berkursus’, ‘Guru Data saya cuti bersalin’, ‘Sekolah saya belum dapat CD Aplikasi’, ‘Saya tidak tahu bila mahu hantar data kerana tidak terima surat’, ‘ Ada lagi beberapa kelas yang belum siap key-in’ dan macam-macam lagi.

Sistem penghantaran surat mana-mana PPD pun saya rasa sama saja iaitu melalui “Pigeon Hole” di PPD. Di PPD Kota Kinabalu sesiapa yang mengambil surat perlu mencatat namanya pada buku di kaunter. Jadi alasan tidak terima surat itu tidak masuk akal. Surat makluman bertarikh 8 Januari 2010 memaklumkan tarikh akhir penghantaran data SMM ke PPDKK adalah pada 29 Januari 2010. Namun begitu, bagi sekolah yang ada rasa tanggung-jawab, memohon tambahan beberapa hari lagi. Jawapan saya “Boleh baa kalau kau”. Tapi yang sedihnya masih sehingga hari ini masih ada 20 buah sekolah rendah dan 3 sekolah menengah buat tidak tau saja walaupun sudah ditelefon.

Doc1

Kepada Pengetua, Guru Besar, PK HEM dan juga Guru SMM, bertindaklah segera. Saya terpaksa panjangkan surat tunjuksebab sekiranya data masih tidak sampai ke PPDKK pada 24 FEBRUARI 2010. Kadang-kadang apa yang kita paling tidak suka itulah ubatnya yang sebenar.





Protect Our Valuables!

28 01 2010

Selipar

i should buy one!hoho..





Pengalaman Jadi nelayan 2 jam di Sipitang, Sabah.

20 12 2009

Antara tahun 1981 – 1983 pernah beberapa kali mengikut sepupu saya kelaut menarik bubu. Bertolak awal pagi dari Kuala Dungun menuju ke arah Pulau Tenggol dengan menggunakan bot kayu ‘injin dalam’. Kalau tak silap lebih kurang 2 jam perjalanan tanpa kompas atau GPS, hanya berpandukan bukit di daratan yang tidak begitu jelas kelihatan. Mencari lokasi bubu yang ditinggalkan pun berpandukan bukit juga. Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tak jumpa. Kalau jumpa, Alhamdulillah, hasilnya cukup lumayan! Jemuduk ( orang Sabah panggil ikan putih),Ikan merah dan juga kerapu. Kalau cuaca baik dapatlah naikkan 4 atau 5 bubu. Kalau hari redup, bukit di daratan tidak kelihatan, balik kosong lah jawabnya. Semua kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga empat kerat, tanpa mesin. Paling saya tidak suka ialah menarik naik bubu dari dasar laut sedalam lebih kurang 100 meter! Belum lagi sampai separuh, tapak tangan sudah pecah. Apa tidaknya, tangan cikgu yang biasa pegang pen tiba-tiba tarik tali nilon yang berminggu dalam air dan ditumbuhi teritip. Berat satu bubu entahlah, saya agak lebih 100 kilogram. Rangkanya dari rotan dan kayu, jaringnya dawai mata punai serta batu pemberat 4 biji supaya bubu tidak hanyut. Masa itu belum ada subsidi lagi! Itulah pengalaman saya menjadi nelayan bubu 28 tahun yang lalu.

Kali ini saya cuba lagi, bukan nak jadi nelayan tapi ingin melihat aktiviti nelayan bubu dengan lebih dekat lagi. Lebih kurang jam 2.15pm membawa bot ke laut. Berpandukan GPS, kerja cukup mudah. Bubu ditarik naik menggunakan mesin dan winch. 5 bubu berjaya dicari dan dinaikkan dalam masa 2 jam!











Hariraya Qurban

2 12 2009





Blogger mengancam keselamatan negara?

9 11 2009

Inilah yang membuat toksu kecut………takut tak sempat pencen, masuk dalam!! Macam macam tuduhan boleh dikenakan terutama di bawah Akta Hasutan…. Bukan tak ada hati nak buat posting baru, takut tersalah tulis ada orang terasa pula. Lagi pula toksu dapat tahu yang semua blog di 1Malaysia dipantau 25 jam sehari!!! Kalau boleh janganlah ada tulisan yang mengkritik atau negatif tentang pemimpin-pemimpin UBN/ kerajaan 1Malaysia. Abu Nuha tulis teks Khutbah pun kena tegur! Nak tulis perkara-perkara yang berkaitan tugas harian pun takut menyentuh dasar-dasar kerajaan, sensitif…. nanti bos panggil mengadap!
Gambar-gambar berikut mungkin tak sensitif kot!!!

Lawatan Kerja12

Ikan belanak / kambura?

Lawatan Kerja10

Ops Terjah di SK Pulau Gaya

Di Jesselton Point, Kota Kinabalu Menara TDM dar SK Pulau Gaya





Selamat Hari Raya Aidil Fitri

10 10 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
family raya





Taklimat Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0

24 08 2009

Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0 telah dilancarkan dengan rasminya di Pulau Pinang pada 24 Julai 2009. Dua hari sebelum itu saya bersama Encik Soenizal ( SPK JPN Sabah) dan Encik Irwansyah (PPD Sandakan) telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi tersebut. Dua hari mencuba ‘hands-on’ dan bersoal-jawab dengan pembina aplikasi tersebut memanglah memenatkan. Tak sempat nak keluar mencari durian walaupun masa itu musim durian.
Balik saja ke Sabah terus menyusun jadual taklimat untuk Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan juga Guru Data SMM. 11 Ogos 2009 taklimat dan instalasi SMM Versi4.0 untuk sekolah menengah manakala 12 Ogos 2009 untuk sekolah rendah. Harap-harap dapatlah pihak sekolah mengemaskinikan data SMM sebelum 1 September 2009. Tanpa sokongan dan kerjasama Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Guru-guru Data, Guru Kelas dan ibu-bapa pelajar tidak mungkin satu data yang bermutu dapat dihasilkan samada diperingkat PPD, JPN dan juga di KPM. Terima kasih semua!!!