Taklimat Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0

24 08 2009

Sistem Maklumat Murid SMM Versi 4.0 telah dilancarkan dengan rasminya di Pulau Pinang pada 24 Julai 2009. Dua hari sebelum itu saya bersama Encik Soenizal ( SPK JPN Sabah) dan Encik Irwansyah (PPD Sandakan) telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi tersebut. Dua hari mencuba ‘hands-on’ dan bersoal-jawab dengan pembina aplikasi tersebut memanglah memenatkan. Tak sempat nak keluar mencari durian walaupun masa itu musim durian.
Balik saja ke Sabah terus menyusun jadual taklimat untuk Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan juga Guru Data SMM. 11 Ogos 2009 taklimat dan instalasi SMM Versi4.0 untuk sekolah menengah manakala 12 Ogos 2009 untuk sekolah rendah. Harap-harap dapatlah pihak sekolah mengemaskinikan data SMM sebelum 1 September 2009. Tanpa sokongan dan kerjasama Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Guru-guru Data, Guru Kelas dan ibu-bapa pelajar tidak mungkin satu data yang bermutu dapat dihasilkan samada diperingkat PPD, JPN dan juga di KPM. Terima kasih semua!!!





Pemantauan Persediaan Sekolah Menghadapi UPSR 2009 Siri 1

18 08 2009

Bermula dari minggu pertama bulan Ogos sehingga 17 Ogos semua staf DG diarahkan ke sekolah-sekolah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Saya bersama dengan En.Abu Bakar berbekalkan dengan 2 Instrumen iaitu INSTRUMEN PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 2009 dan INSTRUMEN PENCERAPAN Pengajaran Pembelajaran memulakan tugas pertama ke SK Inanam Laut. Tanggal 10 Ogos 2009 pertama kali saya sampai di SK Inanam Laut sepanjang saya berada di bumi Sabah. Persekitarannya cantik, komitmen guru-guru tinggi sekali tapi sayang seribu kali sayang….. ada Makmal Komputer, tapi tidak boleh digunakan ( jadi gajah putih), tandas murid cantik dan bersih tapi bau……kerana rekabentuknya yang tertutup, peredaran udara tidak lancar. Dan satu lagi betul-betul depan pejabat ada rangka khemah yang tiada khemahnya. Katanya inilah tempat murid berlindung bila ada majlis keramaian. Sudahlah mencacatkan pemandangan, malah boleh menempah bahaya. Mahal benarkah kos untuk membina sebuah dewan terbuka demi keselamatan dan keselesaan murid?

SKIL1 SKIL2 SKIL3 SKIL4





Ogos Bulan Kemerdekaan

2 08 2009

Berbagai-bagai hadiah yang kerajaan Barisan Nasional umumkan untuk rakyat 1Malaysia. Sebelum ini tambang bas dan teksi naik. Ini tak termasuk hadiah sempena 100 hari pemerintahan Najib. Akibat terlalu sibuk dengan urusan rasmi di pejabat, urusan peribadi terlupa. Terlupa nak comfirm tikit penerbangan ke KL hujung minggu depan. Jadi, tangguh ke hari Sabtu, tak payah isi borang keluar pejabat. Hari Sabtu bersamaan 1 Ogos 2009 lebih kurang jam 10.00 pagi pergilah ke pejabat MAS di Terminal 1 LTAB KK. Macam biasa, ambil nombor giliran dan tunggu. Bila tiba giliran ke 129 kelas ekonomi, saya hulurkan tikit dan beritahu tarikh yang saya kehendaki. ” Maaf encik, tikit ini harga lama ( tikit dikeluarkan bulan Mei 2009), sekarang harga tikit sudah naik”. Saya ingin kepastian,”Sejak bila?, berapa naik?”. Jawabnya” Mulai hari ini, RM60.00 seorang.Jadi encik kena bayar RM180.00 untuk 3 orang” Kesimpulannya bayarlah RM180 lagi kerana terpaksa juga ke KL hujung minggu ini atas urusan keluarga! Tak ada angin, tak ada ribut, tup tup naik tambang.

Satu lagi projek mencekik darah rakyat! Saya yakin dan saya kunci lirik ini: “PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!”





Julai oh Julai…cepat kau berlalu!

2 08 2009

Pejam, celik, pejam,celik… dah masuk bulan Ogos! Sepanjang bulan Julai dari awal bulan hingga 17 Julai masing-masing sibuk dengan MS ISO. Lepas tu mesyuarat Selsema babi H1N1. Bersambung pula dengan SMMVer 4.0. Pada 26 Julai 3 buah sekolah di KK diarah tutup kerana Selsema babi H1N1. Flying Squad PPDKK, terpaksa turun memantau ke sekolah-sekolah. Masa ini juga kutipan data SMM Versi 3.0 berlangsung di Semporna. Selsema babi H1N1 nampaknya semakin merebak. Beberapa buah sekolah lagi ditutup. Pada 31 Julai 2009 jam 2.30 pm ada perjumpaan khas warga PPDKK bersama Dr.Fatimah, pegawai kesihatan kawasan Kota Kinabalu yang bertanggung jawab menandatangani surat arahan tutup. Satu taklimat yang ringkas dan padat. Barulah kami faham apa itu Selsema babi H1N1………

flu1

(Cerita lanjut tentang selsema babi H1N1 boleh diikuti di:http://ibnuyaacob.com/?p=1099)





Takbirrrrr…..

14 07 2009

keputusan1





1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

11 07 2009

Sakitnya hati ini……….
SATU LAGI CONTOH ” 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Pada hari pembicaraan 6 Julai 2009 saya tidak dapat hadir ke mahkamah untuk mengikuti perkembangannya kerana kesibukan tugas. Amat mengecewakan. Rakyat ditipu hidup-hidup oleh pemaju dan agensi kerajaan!

“Insufficient Evidence” ??????????

BACALAH email yang saya terima dari seorang sahabat yang menghadiri pembicaraan tersebut:

Hello Everyone,

A most extraordinary hearing and final alleged judgment by the new Judge took place at the High Court on 6th, which I believe not to be a judgment at all within the law.

Presentation was made at previous hearings by us of some hundreds of pages of concrete evidence against the respondents, together with around 280 photographs, plans, drawings etc and a dozen depositions, plus the previous Judge’s ruling that we were entitled to everything we had asked for by Order of Mandamus.

This latest hearing was merely to be a rubber stamping of the previous Judge’s Order.

The Judge just walked into court, stated only that there was “Insufficient Evidence” against the respondents the Minister of Housing and Papar District Council, and immediately started his next case.

Of course one has to doubt the credibility of such a ridiculous and unfounded statement in the circumstances and hope that it could not surely be possible that the Judge has been got at could it?

We have immediately filed an Appeal and so the fight for the honesty and justice that you all deserve so much, and the punishment of offenders, will go on.

There will be no additional costs for you to pay as the possibility of appeal was included when the legal charges for our lawyer was worked out from the beginning.

Oh well, see you in court again later. And never give up. The International Court of Human Rights next if the Appeal hearing is corrupted….

Best wishes,





Al Fatihah

9 07 2009

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)





RAJA SEHARI

8 07 2009

Kalau dulu-dulu itulah yang digelar bagi pengantin baru. Ada pula yang bertanya, bila nak jadi Raja Sehari? Atau bila nak makan nasi minyak? Memang betul-betul jadi raja tapi sehari sahaja. Selesai saja majlis jadilah rakyat pula! Tapi lain pula sekarang. Kalau sebelum majlis dia buat segala-galanya. Jahit langsir, bersih rumah. buat pelamin, beli keperluan dan macam-macam kerja. Begitu juga selepas majlis. Kedua-duanya tak boleh rihat lagi. Buka saja baju pengantin, terus ke dapur, buat kerja-kerja pembersihan.

ahli keluarga bergotong royong mengembalikan barang-barang yang dipinjam.

ahli keluarga bergotong royong mengembalikan barang-barang yang dipinjam.

Ibu dan bapa pengantin pun bekerja keras

Ibu dan bapa pengantin pun bekerja keras

Toksu pun takmau ketinggalan sebab sebelum tu cuti tak lulus...

Toksu pun takmau ketinggalan sebab sebelum tu cuti tak lulus...

Tokei lori tersenyum puas walaupun perkhidmatan diberi percuma

Tokei lori tersenyum puas walaupun perkhidmatan diberi percuma

Yap...yap... yei... pengantin makan sekoi....

Yap...yap... yei... pengantin makan sekoi....

No komen lah....

No komen lah....





Majlis Perkahwinan

5 07 2009

Sabtu 4 Julai 2009, Kampung Lingkungan, walaupun bukan musim cuti sekolah, tuntutan “membina masjid” mesti disegerakan. Majlis ini adalah majlis perkahwinan anak saudara saya, Dayang Junainah bt Abd.Rahman. Sibuk macam manapu mesti balik kampung juga….Sepatutnya dari 3 hingga 7 Julai saya berada di Pusat Kokurikulum Malangang, Kiulu, membantu mengurus Program Jati Diri Pelajar-pelajar ‘ hardcore’ dari PPD KK, Tuaran dan Penampang.

pengantin & adik
ketibaan pengantin lelaki
Dayang Junainah dan suami
"Ambil-ambilan"

Sudah dapat..
Suap menyuap membawa bahagia
keluarga pengantin perempuan
Sambutan Hari Keluarga
Amin.... ya Rabbal alamin.....





villa for sale- SD 49 Palm Beach Villa

24 06 2009

Owner live in Dubai, UAE .

a sea front property, fully furnished.

SD 49 has a fully fitted kitchen in solid wood by a reputable kitchen contractor and all the furniture were purchased new and hardly used as the owner not been able to be there.

Genuin buyers only!!

pbv1

pbv2