16 01 2009

Masih lagi tentang persekolahan awal tahun. 7 Januari memantau SK Kitobu dan masih lagi bersama Tuan Haji Baharom dan Tuan Haji Husin. Guru Besarnya memang sangat bersedia dan begitu bersemangat. Malah di hari pertama lagi mengharapkan pegawai-pegawai dari JPN atau PPD datang ke sekolahnya. Maklumlah baru dapat DGA38. P&P berjalan lancar tapi ada satu saja yang menyakitkan mata iaitu satu projek 2 unit rumah guru yang terbengkalai. Kata GBnya pihak kontraktor telah mendapat arahan menghentikan kerja serta-merta sejak sebulan yang lalu dari JKR berikutan dari peristiwa tanah runtuh di Bukut Antarabangsa KL. Rumah guru yang dimaksudkan itu betul-betul di tebing sungai yang sangat curam. Kalau tak ada tanah mengapa diluluskan projek ini? Saya nampak yang betul-betul terdesak ialah bilik darjah.

kitobu2 img_1518-1 img_1548 pokok bunga yang berwarna merah itu adalah sempadan antara sekolah dengan tanah orang kampung. Rumah tuan tanah tersebut.

( Posting ini diedit pada 7 Januari tapi ada masalah upload foto-  maaf )


Actions

Information

Leave a comment